Suku yang dimaksudkan di sini ialah puak atau keluarga keturunan (seperti dalam perkataan 'suku sakat'). Dalam amalan Adat Perpatih di Negeri Sembilan, setiap orang ada suku masing-masing. Suku ini dinamakan menurut nama asal kampung nenek moyang masing-masing di tanah Minangkabau. Kesemuanya ada 12 suku iaitu:
(1) Tanah Datar,
(2) Batu Hampar,
(3) Seri Lemak Pahang,
(4)Seri Lemak Minangkabau,
(5)Mungka,
(6)Payakumbuh,
(7)Seri Melenggang,
(8)Tigo Batu,
(9)Biduanda,
(10)Tigo Nenek,
(11)Anak Acheh,
(12)Batu Belang.
Suku Biduanda adalah berasal daripada suku orang asli yang sedia ada di Negeri Sembilan ketika itu iaitu Semang, Sakai dan Jakun. Suku Anak Acheh pula bukan berasal daripada nama kampung di Minangkabau tetapi dipercayai diberi nama menghormati seorang pemimpin agama yang berasal dari Acheh.
ha..suku ade dua belas(aku pon baru tahu gak ni)..syarat nye..suku ni kene ikut belah mak..contohnye, kalau ayah korang tu orang jawa, mak korang orang negeri sembilan dari suku Batu Belang, maka, dengan otomatik nye, sedara sedari adalah suku dari Batu Belang juge..sekirenye, ayah korang orang suku Anak Acheh, mak korang orang putih, maka, korang ni xde suku..
begitulah alkisahnye...
No comments:
Post a Comment